Selasa, 1 Januari 2013

Siapa Yang Zalim Sebenarnya?

Menjelang sambutan tahun baru 2013, pelbagai ucapan dari pemimpin kerajaan dan pembangkang mula di sebarkan melalui ruang media maya dan elektronik disamping menunggu keesokan harinya bagi media bercetak.

Masing-masing mengunungkan harapan dan memberi semangat pada rakyat dalam menempuh tahun baru yang akan tiba...apa pun sebahagian pemimpin pembangkang yakni dari kalangan PR terutamanya PAS masih lagi beretorik dengan politik sempitnya....

Dalam keadaan rakyat menderita menghadapi bencana banjir , seorang pemimpin ini masih lagi berperasaan seperti zombie yang tiada jiwa.Tidakkah dia terpikir selama dia mentadbir kerajaan negeri tidak pernah kerajaan pusat menolak untuk menghulurkan bantuan fizikal dan kewangan...

Namun desakan hampirnya pilihanraya umum memaksa pemimpin ini bercerita tentang perkara yang tidak benar tanpa mengemukakan apa-apa jua bukti bagi memperkukuhkan tuduhannya...

Yang menjadi pesoalan sekarang wajarkah seorang pemimpin yang membiarkan kadar pengangguran meningkat tinggi, kemajuan fiskal pembangunan terbantut, kemudahan air tidak sempurna dan pelbagai lagi masalah dibebankan pada rakyat itu bukan satu tindakan yang zalim?

Agak melucukan dalam keadaan tubuh tidak lagi mampu bekerja, otak sudah sendat dengan kerosakan, masih lagi gagah ingin menjawat jawatan yang diduduki sampai mati dilihat tidak menzalimi rakyat.

Malah agama islam tidak pernah terbela walaupun dia dianggap sebagai ulamak dikalangan pengikutnya, apa yang menyedihkan keenggananan pemimpin ini menyatakan antara hak dan batil bila melibatkan pemimpin dikalangan PR 

Maka wajiblah rakyat dari negeri tersebut memikirkan masa hadapan mereka , anak, cucu dan cicit serta saudara mara yang lain...tizakkah kerajaan PAS kelantan menzalimi rakyatnya dengan tidak memberi hak rakyat untuk hidup selesa.

Wajiblah rakyat kelantan runtuhkan kezaliman yang dilakukan oleh MB yang tidak perfom dan kompeten

Tiada ulasan: